Anugerah Tokoh Kemerdekaan Besut Engku_Ibrahim_Engku_Ngah

Pada 23 September 2011, beliau dan 13 anak kelahiran Besut, Terengganu menerima Anugerah Tokoh Kemerdekaan sempena Program Semarak Merdeka peringkat daerah Besut 2011. Anak kelahiran Besut yang lain ialah Penasihat Khas (Felda) kepada Perdana Menteri Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor; bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas; Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jen Tan Sri Rodzali Daud ; Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Prof Datuk Dr Alias Daud; Pengarah Urusan Maswing Holding Datuk Kapten Mohd Nawawi Awang ; Timbalan Pengerusi Paremba, Datuk Hassan Abas ; ahli politik veteran Datuk Abu Bakar Ahmad ; Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd Mohd Nasir Hamzah ; Pengarah bukan Eksekutif Amcorp Properties Berhad Datuk Che Md Nawawi Ismail ; bekas polis dan pejuang kemerderkaan Jannah Hassan ; pemenang tempat ketiga Tilawah Al-Quran Antarabangsa Nurusyahamah Taqiah Nurunnajmi ; dan penggiat seni Md Saupi Isa yang popular dengan watak Wok Yoh wayang kulit.[1]